Penyediaan Karabu baluik

Karabu ini mempunyai rasa yang sedap. Ia kerana ikan belut akan dibakar atau dipanggang dengan arang atau kayu yang berjarak sedikit yang dimana menyerupai teknik penyalaian. Dengan menggunakan kaedah ini, belut akan tetap empuk dan matang sehingga ke bahagian dalam dan tidak menjadi hangus di luarnya. Daging belut yang sudah menjalani kaedah itu tadi, kemudiannya akan dicampurkan dengan santan pekat yang telah dibumbui cili, bawah merah, garam serta limau nipis. Sebelum dimasak, lendir di belut akan dihilangkan dan akan dibakar.[1][2]